11.20.2008

GIFTED (edisi 6)


Inuoe Takehiko

Aku agak sibuk kebelakangan ini. Sama ada aku buat-buat sibuk atau aku memang betul-betul sibuk. Aku memang sibuk. 2 bulan yang lalu, aku ada membeli satu artbook dari ebay. Di sini aku nak kongsi sedikit tentang pelukis kegemaran aku Inuoe Takehiko.

Inuoe Takehiko, seorang mangaka terkenal yang pernah popular dengan manga Slam Dunk. Kini tampil dengan manga Vagabond (Jejak Kelana-pernah diterbitkan separuh jalan di Malaysia dan tidak disambung atas sebab yang tidak diketahui). Lebih menjurus kepada gaya yang lebih dramatik dan jalan cerita yang lebih serius. Kisahnya, mengenai Miyamoto Musashi lagenda samurai Jepun (yang berkebolehan menggunakan dua pedang) dalam perjalanannya mencipta nama sebagai samurai terbilang.

Buku Seni Sumi & Water

Buku seni Sumi lebih kepada seni hitam putih manakala Water lebih kepada teknik cat air.
Kamu boleh beli di ebay atau kedai online yang lain. Kalau kamu di Kuala Lumpur kamu boleh pergi di Kinokuniya Jepun (dalam Isetan) di KLCC.




Manga Vagabond

Manga ini hanya sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. (Ada adegan yang gila ganas dan buat kamu seriau). Kamu boleh beli di Kinokuniya KLCC tingkat 4. Kalau agak-agak poket kamu tidak cukup tebal lagi, kamu boleh baca sahaja mangascan-nya di onemanga.com.

Kamu juga boleh Vagabond muat turun di sini.

Kamu ingin mencari kembali manga Slam Dunk karya beliau. Kamu boleh dapatkannya di Sun Comic di Cineleisure, Damansara.

Kamu juga boleh lihat update kepada setiap karyanya di sini.

Aku memang terlalu fanatik tentang dia...

1 comment:

nilisha said...

amazing visuals..though i couldnt read any descriptions. tis wonderful