11.03.2008

GIFTED (edisi 4)

SEMUANYA VECTOR!

"Ko cakap kat client aku nak logo tuh dalam AI format"
"Ok..no problem"

Besoknya.

"Apa ni..memang la AI tapi dalam JPEG jek..mana cukup resolution ni nak buat billboard"
"mana aku tau...ko cakap nak AI format"

Sebenarnya lebih mudah disebut vector format. Apa itu vector? Vector adalah satu format dimana bentuk atau garisan yang boleh diubah tanpa mengurangkan kualitinya. (Ini mengikut kefahaman aku). Contoh perisian :-Adobe Illustrator, Coreldraw, Macromedia Freehand, Flash dan Inkscape (Mungkin banyak lagi, aku tak pasti). Kamu nak tahu mengenai vector lagi? Sila semak link yang aku bagi dibawah.

Kamu ingin belajar bagaimana menghasilkan vector. Ini tutorial yang pada aku terbaik.

www.bittbox.com

Mungkin banyak lagi tutorial yang sebegini. Sila search sendiri ya!

Kamu sudah pandai menghasilkan vector. Kamu ingin pula beramal atau kamu ingin download untuk kegunaan sendiri.

www.vecteezy.com

Mungkin banyak lagi yang sebegini. Sila search sendiri ya!

Kemudian kamu rasa kamu boleh buat duit dengan vector. Kamu ingin menjual hasil kerja kamu yang hebat itu!

www.vectorstock.com

Akhirnya kamu berjaya menjadi artis vector yang berjaya. tapi jangan lupa aku pula.

(Sengaja aku tulis dengan gaya begini. Harap kamu faham.)

No comments: