4.21.2009

MEMANG LANUN!

Bagaimana kamu mencari idea? Kalau aku, aku lebih senang berjalan-jalan sambil menikmati apa yang ada disekeliling. Dari situ juga kamu akan jumpa benda yang memang kerja-kerja lanun. Tolong ya hormat sikit pada karya orang. Baru-baru ini aku bersiar-siar di pasar tengah malam dan amat memeranjatkan bila aku jumpa karya ini.


(karya ini diambil dari threadless.com)

Bukan sesuatu yang biasa jika ia dilihat ditempat yang sedemikian. Adalah tidak patut mereka (para lanun) mengambil dan mencetaknya dan dijual. Sangat kurang ajar. Dengan kualiti yang amat menyedihkan disebabkan diambil terus dari internet. Kenapa mereka tidak mencari idea sendiri dan menghasilkannya. Nasib baik bukan karya aku, tetapi aku rasa amat bengang sebab ia tidak mustahil boleh jadi pada karya aku atau karya kamu juga.

4.09.2009

APA AGAKNYA GAYA UNTUK 2009?

(pictures takes from logoorange.com)

Bukan berfesyen sahaja memerlukan mengikut trend tetapi logo pun punya trend yang tersendiri. Update diri kamu supaya tidak ketinggalan zaman. 10 trend logo untuk 2009.

semak

logoorange.com

4.07.2009

TABIK PADA YANG HEBAT!


Berikan tabik hormat kamu pada artis Flying mouse. 365 mahakarya bakal disiapkan dalam tempoh setahun. Mari support beramai-ramai!

semak di sini

FM365

Kalau kamu berminat nak membeli t-shirt yang cool, kamu boleh semak disini

flying-mouse.com

4.03.2009

SAYASUKA...PICASSO!

Aku ada terselak satu entri dalam blog all up those sleeve (yang dijumpai dalam blog rakan dia) yang amat menarik minat aku. Memang, aku peminat picasso dan merupakan salah seorang mengumpul buku nota kecil. Selama ini aku cuma catitkan idea dalam telefon bimbit saja. Yang lebihnya baru aku lakarkan dalam nota kecil yang sangat tidak praktikal. Sekarang aku nak perkenalkan pada kamu. Buku nota yang buat aku cair...


Tiba-tiba aku rasa aku penjelmaan semula picasso. Thaaa!!!!!!(opening sound bila on macbook pro diikuti cahaya keluar dari belakang)

GIFTED (edisi 16)



psd.tutsplus.com

Tak semua yang *tut* itu tak baik. Ada juga yang berguna.

4.02.2009

TERLALU BANYAK DALAM KEPALA!

Banyak sangat peristiwa yang berlaku sepanjang bulan lepas sampai aku tidak punya masa melakukan aktiviti kesukaan aku. Amat memenatkan. Walaupun ada yang mengembirakan. Dari modem yang disambar kilat, berhari minggu di hospital, menjadi jurufoto orang kahwin, Duit syarikat yang jatuh dari langit, kerja sampingan yang masuk walaupun ekonomi gawat, perniagaan produk luar bandar, mencari moleskine hingga buah apple yang masak ranum dan dijual pada harga murah. Semua aku lalui dalam tempoh sebulan. Dan dalam tempoh itu juga aku tidak dapat menaik taraf blog ini. Sekali lagi harapan, moga bulan ini akan terus ceria dengan apple ranum aku. Teruskan memerhati blog ini. Mungkin kerja menaik taraf blog graphikarma bakal berlaku. Tunggu saja la!!!