12.09.2010

FACEBOOK FAN PAGE



Benda yang lama aku nak buat walaupun aku tau aku takde peminat. Aku pernah cakap kat kawan aku fasal fanpage ni tapi jawapannya amat menikam jiwa. Nanti kamu kecik hati katanya. Cam haram! Tapi bila aku buat fan page aku, memang aku kecik hati pun. Serius! Sila search sayasuka dan tekan butang 'like' untuk hati aku tidak terus kecik...hahahahaa!!

12.08.2010

TIADA KATA SECANTIK BAHASA!

Entri ini tiada kena mengena dengan lagu P.Ramlee. Saja nak drag attention walaupun aku bukan ada fan tapi takpe asalkan ada yang membaca sudah cukup bagi aku. Agak lama aku tak bercerita dengan kamu semua. Setahun dah rupanya...

Aku masih macam dulu. Sayasuka tetap sayasuka. Ada space atau tak, maksud dia sama saja. Aku prefer takde space (sayasuka) dari pada ada space(saya suka). Dan aku baru realise yang nama sayasuka tu dah meresap masuk dalam minda kawan-kawan aku. Senang ingat dan unik kata mereka. So aku continue dengan legasi sayasuka...Boleh?

Banyak benda berlaku..oh! sebelum aku terlupa, aku kini sudah beralih angin. Dari mengerah keringat di syarikat surat khabar ke syarikat yang membawa surat bertanya khabar. Masih lakukan perkara yang sama cuma lebih extreme. Nak tau extreme tak extreme, aku berjaya turunkan berat badan tanpa kemahuan sendiri. Hebat bukan?

Banyak projek baru bakal dan sedang berjalan. Strategi untuk musim akan datang dan aku baru beli alat untuk menembak. Sederhana tapi merecik kata budak sekarang. Bak kata pepatah aku, "senjata itu tidak penting, yang penting boleh membunuh atau tak." Pasni boleh la kamu semua menikmati gambar-gambar aku yang tak seberapa. Ok!

Akhir kata, sila tunggu update seterusnya. Mintak maaf atas kekasaran bahasa dan kehilangan diri buat sementara. Nak tanya apa-apa jangan malu untuk emel.

yang ikhlas,
sayasuka

5.18.2009

graphikarma sudah berpindah!!

KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG GRAPHIKARMA!

GRAPHIKARMA SUDAH BERPINDAH.
GRAPHIKARMA AKAN LEBIH KEPADA UPDATE-UPDATE TERKINI.
SAYASUKA.BLOGSPOT.COM AKAN DIGUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK KARYA-KARYA DARI SAYASUKA SAHAJA. IANYA LEBIH KEPADA PORTFOLIO BLOG UNTUK SAYASUKA.
SILA KE
GRAPHIKARMA.BLOGSPOT.COM

SEKIAN, TERIMA KASIH

DARI SAYASUKA

4.21.2009

MEMANG LANUN!

Bagaimana kamu mencari idea? Kalau aku, aku lebih senang berjalan-jalan sambil menikmati apa yang ada disekeliling. Dari situ juga kamu akan jumpa benda yang memang kerja-kerja lanun. Tolong ya hormat sikit pada karya orang. Baru-baru ini aku bersiar-siar di pasar tengah malam dan amat memeranjatkan bila aku jumpa karya ini.


(karya ini diambil dari threadless.com)

Bukan sesuatu yang biasa jika ia dilihat ditempat yang sedemikian. Adalah tidak patut mereka (para lanun) mengambil dan mencetaknya dan dijual. Sangat kurang ajar. Dengan kualiti yang amat menyedihkan disebabkan diambil terus dari internet. Kenapa mereka tidak mencari idea sendiri dan menghasilkannya. Nasib baik bukan karya aku, tetapi aku rasa amat bengang sebab ia tidak mustahil boleh jadi pada karya aku atau karya kamu juga.

4.09.2009

APA AGAKNYA GAYA UNTUK 2009?

(pictures takes from logoorange.com)

Bukan berfesyen sahaja memerlukan mengikut trend tetapi logo pun punya trend yang tersendiri. Update diri kamu supaya tidak ketinggalan zaman. 10 trend logo untuk 2009.

semak

logoorange.com

4.07.2009

TABIK PADA YANG HEBAT!


Berikan tabik hormat kamu pada artis Flying mouse. 365 mahakarya bakal disiapkan dalam tempoh setahun. Mari support beramai-ramai!

semak di sini

FM365

Kalau kamu berminat nak membeli t-shirt yang cool, kamu boleh semak disini

flying-mouse.com

4.03.2009

SAYASUKA...PICASSO!

Aku ada terselak satu entri dalam blog all up those sleeve (yang dijumpai dalam blog rakan dia) yang amat menarik minat aku. Memang, aku peminat picasso dan merupakan salah seorang mengumpul buku nota kecil. Selama ini aku cuma catitkan idea dalam telefon bimbit saja. Yang lebihnya baru aku lakarkan dalam nota kecil yang sangat tidak praktikal. Sekarang aku nak perkenalkan pada kamu. Buku nota yang buat aku cair...


Tiba-tiba aku rasa aku penjelmaan semula picasso. Thaaa!!!!!!(opening sound bila on macbook pro diikuti cahaya keluar dari belakang)

GIFTED (edisi 16)



psd.tutsplus.com

Tak semua yang *tut* itu tak baik. Ada juga yang berguna.