10.24.2008

Kecurangan Pereka!

Kecurangan yang selalu pereka lakukan dalam menghasilkan logo. Kecurangan ini amat memalukan dan harus dihindari.

  • Syok sendiri apabila menghasilkan logo. Ingat! logo adalah untuk client dan target market nya
  • Tidak membuat research yang cukup.
  • Tidak mengambil berat tentang aplikasi yang bakal digunakan untuk logo tersebut. Biasanya ia akan melibatkan budget. Cth: Kamu menghasilkan logo yang mempunyai 8 warna dan logo itu digunakan untuk kemeja T dan kepala surat. Pasti kamu akan merugikan client hanya untuk mencetak logo kamu yang mempunyai 8 warna.
  • Kamu rasa kamu hebat lalu kamu masukkan semua jenis kesan (effect) dalam satu logo.
  • Terlalu mengharap pada komputer hingga lupa cara tradisi (gunakan tangan).
  • Tiada Idea atau ada idea tetapi tidak tahu meluahkannya dalam bentuk logo.
  • Idea terlalu biasa atau sudah lapuk.
  • Terlalu cepat berpuas hati dengan logo yang dihasilkan. Kamu menghasilkan satu logo lalu kamu terus berpuas hati tanpa memikirkan untuk mengembangkan lagi logo tersebut. LOGO ADALAH PROSES! Pereka sepatutnya tahu bila mahu berhenti apabila menghasilkan sesuatu logo.
  • Logo kamu tidak bersesuaian dengan jenis perniagaan.
  • Menggunakan muka taip yang hodoh dan amat susah untuk dibaca (logo untuk mempekenalkan nama sesuatu syarikat bukan untuk memahami jiwa lara seorang pereka.)
Kesimpulannya. Make it simple!!!

2 comments:

Anonymous said...

very good post wak. keep on posting!

Anonymous said...

I've invaded ur blog.Now,I'll follow ur blog..hehe