11.28.2008

GIFTED (edisi 8)


Jikalau kamu berperasaan bagus, kamu cuba hayati artwork ini.





Hebat bukan...Lagi hebat sebab ianya dibuat dalam illustrator. Artis vector terhebat abad ini.


good & bad logo - edisi 10




Mungkin kamu boleh gunakan kaedah kitar semula!

11.27.2008

TWO-MAN SHOW



Setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke galeri, semalam dengan masa yang agak singkat dapat juga aku menatap karya-karya agung dari sahabat baikku. Two-Man Show di Pace Gallery, Petaling Jaya memang mengujakan aku. Gabungan adik beradik bervisi sama tetapi menpunyai gaya karya yang berbeza.

Senario yang membuat aku ingin terus berkarya dan mengenang zaman-zaman berseluar lusuh, memunggut barang untuk berkarya. Kamu juga boleh menikmatinya. Di sini aku berikan alamat supaya kamu boleh sampai ke sana dengan selamat.

Pace Gallery
64, Jalan Kemajuan 46200 Petaling Jaya, selangor.



Kawan aku sangat teruja dalam mentafsirkan setiap karya. Cuba lihat gambar ini. Terpancar kegembiraan diwajahnya sambil menikmati sate yang sedap dan kek yang dicampur wine (mungkin).

11.24.2008

GIFTED (edisi 7)

BLOG-BLOG YANG AKU BACA

Aku nak kongsi dengan kamu blog-blog aku sering baca dan lawati. Semoga terhibur!

aku tak peduli

all up those sleeve

gadis jahat

sirehdancengkeh

what happen today...


thetshirtblog

zint

landhell

urbancomics

emilayusof

visual80

Ada banyak lagi. Nanti la!!!!

WIP-she eat my heart!

Masih dalam pembikinan. Perlu diasah lagi. Ada komen?

11.23.2008

WIP-wrong jitsu!

VOTE! VOTE! VOTE!-3


Agak-agak kalau kamu suka kamu boleh vote untuk aku.
Klik di gambar ye!

11.20.2008

GIFTED (edisi 6)


Inuoe Takehiko

Aku agak sibuk kebelakangan ini. Sama ada aku buat-buat sibuk atau aku memang betul-betul sibuk. Aku memang sibuk. 2 bulan yang lalu, aku ada membeli satu artbook dari ebay. Di sini aku nak kongsi sedikit tentang pelukis kegemaran aku Inuoe Takehiko.

Inuoe Takehiko, seorang mangaka terkenal yang pernah popular dengan manga Slam Dunk. Kini tampil dengan manga Vagabond (Jejak Kelana-pernah diterbitkan separuh jalan di Malaysia dan tidak disambung atas sebab yang tidak diketahui). Lebih menjurus kepada gaya yang lebih dramatik dan jalan cerita yang lebih serius. Kisahnya, mengenai Miyamoto Musashi lagenda samurai Jepun (yang berkebolehan menggunakan dua pedang) dalam perjalanannya mencipta nama sebagai samurai terbilang.

Buku Seni Sumi & Water

Buku seni Sumi lebih kepada seni hitam putih manakala Water lebih kepada teknik cat air.
Kamu boleh beli di ebay atau kedai online yang lain. Kalau kamu di Kuala Lumpur kamu boleh pergi di Kinokuniya Jepun (dalam Isetan) di KLCC.




Manga Vagabond

Manga ini hanya sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. (Ada adegan yang gila ganas dan buat kamu seriau). Kamu boleh beli di Kinokuniya KLCC tingkat 4. Kalau agak-agak poket kamu tidak cukup tebal lagi, kamu boleh baca sahaja mangascan-nya di onemanga.com.

Kamu juga boleh Vagabond muat turun di sini.

Kamu ingin mencari kembali manga Slam Dunk karya beliau. Kamu boleh dapatkannya di Sun Comic di Cineleisure, Damansara.

Kamu juga boleh lihat update kepada setiap karyanya di sini.

Aku memang terlalu fanatik tentang dia...

11.14.2008

11.11.2008

2009 CALENDAR

Aku agak sibuk dalam bulan ini. Hujung tahun, mungkin. Atau aku berkerja dengan mereka yang tidak tahu membuat kerja. Bosan. Seperti yang aku janjikan, hadiah buat kamu semua sempena pelawat unik yang ke 100 (sila semak ini). Kamu boleh muat turun di sini. Masih ada versi lain yang bakal menyusul. Tunggu ya!

download disini!

good & bad logo - edisi 8




11.07.2008

GIFTED (edisi 5)

ARTZ MANIA

Sebuah e-magazine dari Malaysia yang memuatkan mahakarya dari seluruh pelusuk dunia. (Untuk yang berumur 18 tahun ke atas). Hanya boleh dibuka menggunakan SPOTBIT kecuali keluaran -keluarannya yang lama. (Pengguna Apple Mac harap maaf).







Sudah! Kesat air liur kamu. Banyak sangat yang keluar.

11.04.2008

old memories

Aku punya cita-cita yang sama sejak dulu. Aku ingin jadi pelukis. (Tidak kisah samada pengillustrasi @ pelukis kanvas) Sampai sekarang aku masih menyimpan impian itu. Walaupun aku kini dinobatkan sebagai pereka namun aku masih kurang inzal dengan itu. Aku perlu asah balik keupayaan aku.

Kamu semua pernah fikir apa perbezaan antara graphic designer & graphic artist. Graphic designer akan membuat design untuk memenuhi kehendak orang lain disamping memenuhi kehendaknya yang minima. Graphic artist pula membuat design untuk kepuasan peribadi. (Ini pandangan aku.)

Jikalau pelukis kartun dipanggil kartunis, pelukis manga dipanggil mangaka tetapi jikalau pelukis komik dipanggil apa? Komiknis @ komika...Macam tidak kena....

Agak-agak kamu apa cita-cita kamu yang tidak tercapai lagi?

11.03.2008

GIFTED (edisi 4)

SEMUANYA VECTOR!

"Ko cakap kat client aku nak logo tuh dalam AI format"
"Ok..no problem"

Besoknya.

"Apa ni..memang la AI tapi dalam JPEG jek..mana cukup resolution ni nak buat billboard"
"mana aku tau...ko cakap nak AI format"

Sebenarnya lebih mudah disebut vector format. Apa itu vector? Vector adalah satu format dimana bentuk atau garisan yang boleh diubah tanpa mengurangkan kualitinya. (Ini mengikut kefahaman aku). Contoh perisian :-Adobe Illustrator, Coreldraw, Macromedia Freehand, Flash dan Inkscape (Mungkin banyak lagi, aku tak pasti). Kamu nak tahu mengenai vector lagi? Sila semak link yang aku bagi dibawah.

Kamu ingin belajar bagaimana menghasilkan vector. Ini tutorial yang pada aku terbaik.

www.bittbox.com

Mungkin banyak lagi tutorial yang sebegini. Sila search sendiri ya!

Kamu sudah pandai menghasilkan vector. Kamu ingin pula beramal atau kamu ingin download untuk kegunaan sendiri.

www.vecteezy.com

Mungkin banyak lagi yang sebegini. Sila search sendiri ya!

Kemudian kamu rasa kamu boleh buat duit dengan vector. Kamu ingin menjual hasil kerja kamu yang hebat itu!

www.vectorstock.com

Akhirnya kamu berjaya menjadi artis vector yang berjaya. tapi jangan lupa aku pula.

(Sengaja aku tulis dengan gaya begini. Harap kamu faham.)