5.18.2009

graphikarma sudah berpindah!!

KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG GRAPHIKARMA!

GRAPHIKARMA SUDAH BERPINDAH.
GRAPHIKARMA AKAN LEBIH KEPADA UPDATE-UPDATE TERKINI.
SAYASUKA.BLOGSPOT.COM AKAN DIGUNAKAN SEPENUHNYA UNTUK KARYA-KARYA DARI SAYASUKA SAHAJA. IANYA LEBIH KEPADA PORTFOLIO BLOG UNTUK SAYASUKA.
SILA KE
GRAPHIKARMA.BLOGSPOT.COM

SEKIAN, TERIMA KASIH

DARI SAYASUKA

4.21.2009

MEMANG LANUN!

Bagaimana kamu mencari idea? Kalau aku, aku lebih senang berjalan-jalan sambil menikmati apa yang ada disekeliling. Dari situ juga kamu akan jumpa benda yang memang kerja-kerja lanun. Tolong ya hormat sikit pada karya orang. Baru-baru ini aku bersiar-siar di pasar tengah malam dan amat memeranjatkan bila aku jumpa karya ini.


(karya ini diambil dari threadless.com)

Bukan sesuatu yang biasa jika ia dilihat ditempat yang sedemikian. Adalah tidak patut mereka (para lanun) mengambil dan mencetaknya dan dijual. Sangat kurang ajar. Dengan kualiti yang amat menyedihkan disebabkan diambil terus dari internet. Kenapa mereka tidak mencari idea sendiri dan menghasilkannya. Nasib baik bukan karya aku, tetapi aku rasa amat bengang sebab ia tidak mustahil boleh jadi pada karya aku atau karya kamu juga.

4.09.2009

APA AGAKNYA GAYA UNTUK 2009?

(pictures takes from logoorange.com)

Bukan berfesyen sahaja memerlukan mengikut trend tetapi logo pun punya trend yang tersendiri. Update diri kamu supaya tidak ketinggalan zaman. 10 trend logo untuk 2009.

semak

logoorange.com

4.07.2009

TABIK PADA YANG HEBAT!


Berikan tabik hormat kamu pada artis Flying mouse. 365 mahakarya bakal disiapkan dalam tempoh setahun. Mari support beramai-ramai!

semak di sini

FM365

Kalau kamu berminat nak membeli t-shirt yang cool, kamu boleh semak disini

flying-mouse.com

4.03.2009

SAYASUKA...PICASSO!

Aku ada terselak satu entri dalam blog all up those sleeve (yang dijumpai dalam blog rakan dia) yang amat menarik minat aku. Memang, aku peminat picasso dan merupakan salah seorang mengumpul buku nota kecil. Selama ini aku cuma catitkan idea dalam telefon bimbit saja. Yang lebihnya baru aku lakarkan dalam nota kecil yang sangat tidak praktikal. Sekarang aku nak perkenalkan pada kamu. Buku nota yang buat aku cair...


Tiba-tiba aku rasa aku penjelmaan semula picasso. Thaaa!!!!!!(opening sound bila on macbook pro diikuti cahaya keluar dari belakang)

GIFTED (edisi 16)



psd.tutsplus.com

Tak semua yang *tut* itu tak baik. Ada juga yang berguna.

4.02.2009

TERLALU BANYAK DALAM KEPALA!

Banyak sangat peristiwa yang berlaku sepanjang bulan lepas sampai aku tidak punya masa melakukan aktiviti kesukaan aku. Amat memenatkan. Walaupun ada yang mengembirakan. Dari modem yang disambar kilat, berhari minggu di hospital, menjadi jurufoto orang kahwin, Duit syarikat yang jatuh dari langit, kerja sampingan yang masuk walaupun ekonomi gawat, perniagaan produk luar bandar, mencari moleskine hingga buah apple yang masak ranum dan dijual pada harga murah. Semua aku lalui dalam tempoh sebulan. Dan dalam tempoh itu juga aku tidak dapat menaik taraf blog ini. Sekali lagi harapan, moga bulan ini akan terus ceria dengan apple ranum aku. Teruskan memerhati blog ini. Mungkin kerja menaik taraf blog graphikarma bakal berlaku. Tunggu saja la!!!

3.03.2009

1000

Tanpa aku duga, kini graphikarma sudah melewati pelawat unik yang ke-1000. Tahniah buat aku. Moga lebih rajin dalam membentuk revolusi dalam design. Terima Kasih buat kamu semua.

2.25.2009

TRY YOUR LUCK! - 5


REKATEE

Kesedaran syarikat-syarikat besar tentang betapa penting senireka grafik khususnya harus diberi pujian. Semoga banyak lagi benda yang sedemikian yang dilakukan oleh syarikat-syarikat ini. Apa tunggu lagi. Hanya untuk rakyat Malaysia sahaja.

"Pertandingan merekacipta
T-Shirt yang paling sesuai
ulangtahun tv3 yang ke 25tahun"


www.tv3.com.my

TRY YOUR LUCK! - 4

Jikalau kamu bosan, kamu boleh mencuba nasib di sini. Walaupun dalam kegawatan ekonomi yang sibuk diperkatakan, masih ada pertandingan. Walaupun hadiahnya tidak begitu lumayan tetapi cukup untuk membeli telefon bimbit model terkini.

PERTANDINGAN MENCIPTA
LOGO MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH.


Only for Malaysian citizens.

FLICKR


Sila add aku sebagai contact kamu dalam FLICKR. Tiada yang salah pun.

2.17.2009

GIFTED (edisi 15)

Aku semakin banyak masa untuk membaca blog orang lain sambil mencari maklumat-maklumat penting untuk tujuan menambahkan ilmu. Lalu aku terjumpa dengan ini.



Aku suka dengan gayanya. Aku pasti kamu pun suka.
Kamu ada teknik untuk menghindarkan sakit malas tak? Tolong ajar aku...

2.13.2009

TRY YOUR LUCK! - 3


Untuk semua penggila t-shirt. Teextile untuk kamu semua. Masih dalam beta.

www.teextile.com

2.10.2009

KL DESIGN WEEK 2009


Mari beramai-ramai memeriahkan majlis ini.
Maklumat lanjut sila klik di sini

2.05.2009

Simple Tips! 5

Situasi di studio grafik yang tidak kurang sibuknya walaupun keadaan ekonomi dikatakan agak membimbangkan.

Lelaki A : Kamu buat keje lembab la...

Lelaki B : Apahal?

Lelaki A : Kamu buat keje lembab...Pakai la shortcut..

Lelaki B : Jangan sibuk boleh!! Aku bz ok! (sambil mengangkat tangan tanda meminta rakannya pergi dari mukanya)

Lelaki A : Pakai la shortcut..laju skit..

Lelaki B : Shortcut...???? (kedengaran bunyi nyamuk berterbangan menunjukkan hari sudah lewat malam)

Apa itu shortcut? Aku pasti kamu tahu. Aplikasi ini hanya untuk Adobe illustrator sahaja. Shortcut yang diberi untuk apple. Untuk pengguna PC sila tukarkan command kepada ctrl.

command + 7 - untuk masking

command + shift + <> - untuk membesar dan mengecilkan font

yang lain kamu mungkin sudah tahu. Sebarang pertanyaan sila email. Jangan malu-malu. Atau mungkin boleh tanya dalam chat box ditepi. Selamat mencuba!

2.04.2009

THREADLESS-design of the year!


(this is not my design)

Inilah rekaan design of the year-threadless yang menggondol USD20,000!
Hebat bukan. Memang sepatutnya menang.

Jikalau beminat untuk membelinya sila klik di sini.

2.03.2009

GIFTED (edisi 14)

lagi-lagi aku baca blog!

psychedelicm3

primajohnna

bududanbelacan

laskarbangsa


otakkapasitirendah

Mereka ini boleh aku kategorikan sebagai penaip blog yang unik. Jikalau kamu tidak percaya kamu boleh baca sendiri. Akal mereka diluar kawalan tetapi masih dalam lingkungan otak manusia. Aku rasa aku semakin mengarut. Teruskan penaip kamu semua. Aku suka cara penaipan kamu!

TOOL BARU!

Gambarajah ini diambil dari website wacom - intous3

Pepatah mengatakan pereka perlu mengikut aliran teknologi dan rekaan. (Pepatah ini aku yang reka sendiri.) Lalu, aku mensasarkan untuk membeli produk kecantikan di atas tetapi badget tidak membenarkan. Memandangkan aku pun pengguna baru, aku mengambil keputusan untuk beli versi yang lama namun nama depan hampir sama. Intuos2. Tidak banyak perbezaan dari segi pressure cuma tiada butang-butang ditepi. Nantikan rekaan cuba dan salah aku nanti!

1.28.2009

good & bad logo - edisi 12



Januari yang membosankan. Adakalanya suasana mempengaruhi kreativiti seseorang.
Sebab itu langsung tiada semangat untuk menaik taraf blog ini. Harap maaf!

1.14.2009

WIP - LOL

Aku tergerak hati untuk masukkan penuh WIP ini. Jangan curi. Nanti masuk neraka!

1.12.2009

Aku pun tumpang menangis dengan apa yang berlaku. Disebabkan ini kreativiti aku jatuh mendadak. Duit memang membunuh daya pemikiran aku. Bila aku sudah pulih, aku akan lebih bersemangat untuk berkarya. Tunggu sajalah!!

1.06.2009

TEE LOVER! - 1

sayasukagraphikarma
Available in 4 colors
US$23.94

click here to buy!

1.03.2009

GIFTED (edisi 14)

Aku nak kongsi dengan kamu semua benda baik. (yang pasti bukan melibatkan dadah tetapi akan membuatkan kamu melayang-layang). Tempat di mana kamu boleh asah keupayaan sambil mencari duit poket lebih untuk membeli seluar jeans baru atau mungkin kasut baru.



Bagi yang masih baru dan hendak berjinak-jinak dalam dunia grafik, aku cadangkan kamu join elogocontest. Saingan tidak berapa hebat dan hadiahnya juga tidak begitu lumayan.


Ini juga antara website logo yang agak popular. Hadiahnya lumayan tetapi saingan sangat sengit. Kebanyakannya adalah dari golongan pereka logo yang profesional. Durasi logo juga agak panjang sehingga menjangkau sebulan. Jikalau rajin kamu boleh semak logosauce.


Pada pendapat aku, ini merupakan website logo terbaik. Sistem (cara voting, durasi pertandingan dan waktu untuk menghantar logo) yang digunakan adil dan saksama. Jikalau kamu mahir dalam photoshop, kamu juga mungkin berminat untuk menajamkan keupayaan kamu di sini.

1.01.2009

VOTE! VOTE! VOTE!- 7


Entri pertama bagi tahun 2009. Aku mengharapkan lebih sinar dan lebih kekuatan dalam menghadapi liku-liku hiudp ini. (Tiba-tiba aku terlebih sensitif)

VOTE FOR ME!
www.threadless.com