10.30.2008

FURY@WOMAN QUANBA=TERBAIKKK!!!!

Sabtu lalu aku dengan senang hatinya membeli bahan tontonan bagi mengisi masa lapang aku selain menjaga puteri terhebat aku. Seperti biasa aku akan pergi di kedai yang memang selalu aku pergi. Kenapa? Sebab tauke itu akan tanda kad aku dan bila cukup sepuluh tanda aku dapat lagi satu bahan tontonan. (Bagus betul marketing tauke ini).

"Bagi ini tauke....Fury.."
"Ini best woooo..." (Cerita apa pun semua tauke akan kata best)
"Ini dvd copy ke wayang copy"
"Ini cantekk punya...dvd copy" (aku akui tauke memang jujur dalam berniaga)

Aku balik lalu membukanya. Depan Fury, dalam Woman Quanba. Kena tipu aku. Memang dasar lanun. Aku terus menonton. Bahasa Jepun. Memang aku kena tipu. Memang lanun. Aku teruskan menonton. Wahhhh!!!Memang cerita Fury. Rupanya lanun ini memang jujur. Jadi aku nak kongsi sedikit tentang filem ini.

Arahan Prachya Pinkaew (Ong-Bak & Tom Yum Goong), filem ini amat mengujakan. Ia mengingatkan aku pada Kill Bill Vol 1. (Saat penyanyi ala a-go-go mengulangi lirik yang sama sepanjang hampir 2 minit). Dari heroin hingga ke kamera angle hingga ke aksi memang terbaik. Kisahnya, mengenai gadis autistik yang sangat hebat.



Ini dia heroin filem Fury. Cantik bukan! Tapi awas, gadis ini boleh tendang kepala kamu. Tidak percaya? Tengok gambar bawah. Wachaaaa!!!


Aku lebih suka dia berambut panjang dan memakai kain labuh. Aku bagi 4 bintang.

2 comments:

Anonymous said...

haha! saya suka gaya penulisan kamu! teruskan!

gandi.

by sayasuka said...

hahaha...terima kasih..sila berkunjung lagi ya!!!