10.31.2008

graphikarma 100


Akhirnya blog aku mencapai pelawat yang ke 100. Terima kasih buat semua. Teruskan menyokong. Sebagai hadiahnya, kamu harus tunggu bulan 12. Ada sesuatu menarik bakal aku berikan.


Kamu boleh bertanyakan apa-apa mengenai rekaan atau yang berkaitan dengannya.
Aku akan cuba menyelesaikan masalah kamu.
Pertanyaan lain tidak dilayan. (Sila gunakan ruangan komen & kotak idea)

10.30.2008

samurai spirit - design placement

Placement of this design on red t-shirt
www.uneetee.com

FURY@WOMAN QUANBA=TERBAIKKK!!!!

Sabtu lalu aku dengan senang hatinya membeli bahan tontonan bagi mengisi masa lapang aku selain menjaga puteri terhebat aku. Seperti biasa aku akan pergi di kedai yang memang selalu aku pergi. Kenapa? Sebab tauke itu akan tanda kad aku dan bila cukup sepuluh tanda aku dapat lagi satu bahan tontonan. (Bagus betul marketing tauke ini).

"Bagi ini tauke....Fury.."
"Ini best woooo..." (Cerita apa pun semua tauke akan kata best)
"Ini dvd copy ke wayang copy"
"Ini cantekk punya...dvd copy" (aku akui tauke memang jujur dalam berniaga)

Aku balik lalu membukanya. Depan Fury, dalam Woman Quanba. Kena tipu aku. Memang dasar lanun. Aku terus menonton. Bahasa Jepun. Memang aku kena tipu. Memang lanun. Aku teruskan menonton. Wahhhh!!!Memang cerita Fury. Rupanya lanun ini memang jujur. Jadi aku nak kongsi sedikit tentang filem ini.

Arahan Prachya Pinkaew (Ong-Bak & Tom Yum Goong), filem ini amat mengujakan. Ia mengingatkan aku pada Kill Bill Vol 1. (Saat penyanyi ala a-go-go mengulangi lirik yang sama sepanjang hampir 2 minit). Dari heroin hingga ke kamera angle hingga ke aksi memang terbaik. Kisahnya, mengenai gadis autistik yang sangat hebat.



Ini dia heroin filem Fury. Cantik bukan! Tapi awas, gadis ini boleh tendang kepala kamu. Tidak percaya? Tengok gambar bawah. Wachaaaa!!!


Aku lebih suka dia berambut panjang dan memakai kain labuh. Aku bagi 4 bintang.

10.29.2008

Simple Tips! 3

Hari ini aku punya mood untuk memberikan kamu tutorial yang lebih panjang sedikit tetapi amat mudah. Bagaimana kamu ingin menukar warna lineart kamu tanpa mengurangkan detail. Ianya bukan vector tetapi aku menggunakan aplikasi Adobe Illusrator CS3 (AI). Teruskan membaca.

Aplikasi ini hanya untuk Adobe Illustrator CS3 sahaja. Aku tidak pasti dengan versi yang sebelumnya.

Sebelum kamu memulakan apa-apa, pasti kamu sudah menyiapkan lakaran (gambarajah a). Kamu boleh save fail kamu dalam bentuk JPEG, TIFF atau PSD. (kamu mungkin boleh cuba format lain. Format ini yang biasa aku gunakan).


gambarajah a

Place fail kamu dalam AI dan buat satu kotak di belakangnya. Masukkan warna yang kamu kehendaki. (Pastikan kotak warna dibelakang ya!). Gunakan arrow tool (v) untuk select kedua-dua tadi. (gambarajah b)

gambarajah b

Pergi ke tetingkap Transparency. (ctrl+shift+F10 atau cmd+shift+F10). Pergi ke hujung tetingkap. Pilih Make Opacity Mask. (gambarajah c). Pastikan kamu menanda dibahagian clip dan invert. (gambarajah d). Pastikan kamu show option ya!


gambarajah c

gambarajah d
Tadaaaa!!!!



Sekarang kamu boleh masukkan warna mengikut kehendak kamu. Untuk memudahkan kerja, pastikan kamu menggunakan layer.

10.28.2008

Tangan-tangan dewa!


Siapa kata pelukis tiada masa depan?

Siapa kata produk Malaysia tidak setanding luar negara.

Kamu tengok ini dan nilai sendiri.
Gila hebat!!!

Notable Young Malaysian Illustrators

Sokonglah produk buatan Malaysia

good & bad logo - edisi 5


10.24.2008

Kecurangan Pereka!

Kecurangan yang selalu pereka lakukan dalam menghasilkan logo. Kecurangan ini amat memalukan dan harus dihindari.

  • Syok sendiri apabila menghasilkan logo. Ingat! logo adalah untuk client dan target market nya
  • Tidak membuat research yang cukup.
  • Tidak mengambil berat tentang aplikasi yang bakal digunakan untuk logo tersebut. Biasanya ia akan melibatkan budget. Cth: Kamu menghasilkan logo yang mempunyai 8 warna dan logo itu digunakan untuk kemeja T dan kepala surat. Pasti kamu akan merugikan client hanya untuk mencetak logo kamu yang mempunyai 8 warna.
  • Kamu rasa kamu hebat lalu kamu masukkan semua jenis kesan (effect) dalam satu logo.
  • Terlalu mengharap pada komputer hingga lupa cara tradisi (gunakan tangan).
  • Tiada Idea atau ada idea tetapi tidak tahu meluahkannya dalam bentuk logo.
  • Idea terlalu biasa atau sudah lapuk.
  • Terlalu cepat berpuas hati dengan logo yang dihasilkan. Kamu menghasilkan satu logo lalu kamu terus berpuas hati tanpa memikirkan untuk mengembangkan lagi logo tersebut. LOGO ADALAH PROSES! Pereka sepatutnya tahu bila mahu berhenti apabila menghasilkan sesuatu logo.
  • Logo kamu tidak bersesuaian dengan jenis perniagaan.
  • Menggunakan muka taip yang hodoh dan amat susah untuk dibaca (logo untuk mempekenalkan nama sesuatu syarikat bukan untuk memahami jiwa lara seorang pereka.)
Kesimpulannya. Make it simple!!!

GIFTED! (edisi 3)

Imaginasi tak semestinya tepat. Bagaimana kamu lukis figura. Adakah propotion?
Nah...untuk kegunaan kamu juga!



Mulai sekarang kamu boleh simpan patung kayu ikea kamu.

10.23.2008

Simple Tips! 2

Bagaimana untuk menukar (gambarajah a) ke (gambarajah b)

gambarajah a


gambarajah b

Aplikasi ini hanya untuk Adobe Illustrator CS3 sahaja. Aku tidak pasti dengan versi yang sebelumnya.

  1. Pastikan arrow anda dibahagian background (gray area)
  2. Klik kanan untuk PC atau ctrl+klik untuk MAC
  3. Akan keluar tetingkap kecil. Pilih Select custom color.
  4. Tadaaa!!

good & bad logo - edisi 5



10.22.2008

VOTE! VOTE! VOTE-2

Its approved already!
vote for me @ uneetee.com
www.uneetee.com

10.16.2008

Simple Tips!

Bagaimana untuk menukar artwork kepada spot color (pantone). (seperti gambarajah dibawah)


Aplikasi ini hanya untuk Adobe Illustrator CS3 sahaja. Aku tidak pasti dengan versi yang sebelumnya.

  1. Pastikan artwork kamu dalam keadaan grayscale.
  2. Pilih arrow tool (v). Pastikan kamu select image yang kamu ingin tukar kepada pantone.
  3. Pergi kepada swatches window.
  4. Klik pantone color.
  5. Tadaaaa!!!

GIFTED! (edisi 1)

(this is not my artwork)

Hebat bukan! Jadi aku nak kongsi dengan kamu..

10.15.2008

VOTE! VOTE! VOTE

brainstormingagree with this karma of this design?
vote for me @ designbyhumans.com

10.14.2008

Sayasuka...kamu suka?

Aku bukan budak seluar londeh yang menconteng dinding. Aku hanya peminat seni sahaja.


Ramai orang tanya kenapa ‘sayasuka’? Kenapa bukan ‘kamusuka ‘atau ‘diasuka’. Kenapa tidak ‘sesukahati’. Ok apa. Ada unsur-unsur kemelayuan. Aku memang banyak nama samaran. Hampir setiap tempat asal aku bermukim kat sana pasti aku ada nama samaran. Hebatkan. Yang pastinya semua tidak menarik untuk dikomersialkan. Dari nama alim ulama sampai ke ahli politik. Semua gelaran tu aku dah pegang. Sekarang, dengar betul-betul, aku nak cerita tentang ‘sayasuka’.


Mitos 1

Pernah suatu masa aku sangat obses dengan anime(animasi jepun). Hampir setiap anime aku boleh ingat. Tapi dalam banyak-banyak anime, Cuma satu paling menarik minat aku. Blood the last vampire. Kisah gadis genit beruniform sekolah yang berketurunan Pontianak yang membunuh Pontianak. Nama dia Saya. Disebabkan terlalu suka akan Saya, aku nekad meletakkan nama Saya sebagai nama samaran aku. (pernah juga aku terfikir untuk meletakkan nama ini pada anak aku, tapi takde dalam kamus arab). Untuk menunjukkan obses aku pada Saya, aku tambah suka dibelakang. Maka ianya disebut SAYASUKA.


Mitos 2

Kamu pernah dengar tentang kerajaan Langkasuka. Aku ingatkan suka tu bermaksud kerajaan. Langka itu sebagai nama kerajaan.(mungkin sepatutnya bermaksud Kerajaan Langka). Lalu tanpa ragu-ragu aku menubuhkan kerajaan sendiri yang bernama SAYASUKA. Rupanya salah sama sekali. Haram tul...


Mitos 3

Suatu hari aku bersantai di rumah kakak ipar aku sambil melayan kerenah anak saudara yang sedang membesar. Tiba-tiba aku terpandang buku kanak-kanak bawah 5 tahun. Tajuk dia ‘saya suka ABC’. Menarik untuk dikomersialkan (mungkin aku boleh padankan dengan Sayasuka lukisan@sayasuka bersiar-siar@sayasuka memasak-waktu ini tiada hala tuju lagi). Dengan bangganya aku menggunakan nama SAYASUKA.

Betul. Aku tak tipu.

10.13.2008

website wajib lawat (edisi 1)

Kalau kamu rasa kamu ingin logo dalam vector format untuk buat visual, layari website ini

brandsoftheworld

Kalau kamu ingin lihat logo yang gila hebat, kamu boleh pergi ke sini

logopond

Atau kamu ingin tahu trend logo terkini serta bagaimana mereka logo yang bagus kamu boleh layari

logoorange


good & bad logo - edisi 3