Entri ini tiada kena mengena dengan lagu P.Ramlee. Saja nak drag attention walaupun aku bukan ada fan tapi takpe asalkan ada yang membaca sudah cukup bagi aku. Agak lama aku tak bercerita dengan kamu semua. Setahun dah rupanya...
Aku masih macam dulu. Sayasuka tetap sayasuka. Ada space atau tak, maksud dia sama saja. Aku prefer takde space (sayasuka) dari pada ada space(saya suka). Dan aku baru realise yang nama sayasuka tu dah meresap masuk dalam minda kawan-kawan aku. Senang ingat dan unik kata mereka. So aku continue dengan legasi sayasuka...Boleh?
Banyak benda berlaku..oh! sebelum aku terlupa, aku kini sudah beralih angin. Dari mengerah keringat di syarikat surat khabar ke syarikat yang membawa surat bertanya khabar. Masih lakukan perkara yang sama cuma lebih extreme. Nak tau extreme tak extreme, aku berjaya turunkan berat badan tanpa kemahuan sendiri. Hebat bukan?
Banyak projek baru bakal dan sedang berjalan. Strategi untuk musim akan datang dan aku baru beli alat untuk menembak. Sederhana tapi merecik kata budak sekarang. Bak kata pepatah aku, "senjata itu tidak penting, yang penting boleh membunuh atau tak." Pasni boleh la kamu semua menikmati gambar-gambar aku yang tak seberapa. Ok!
Akhir kata, sila tunggu update seterusnya. Mintak maaf atas kekasaran bahasa dan kehilangan diri buat sementara. Nak tanya apa-apa jangan malu untuk emel.
yang ikhlas,
sayasuka
12.08.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment