12.15.2008

Simple Tips! 4


Aku masih lagi bercuti..tapi tetap sibuk...

Pada tahun 2007, trend logo begini sangat popular walaupun agak tidak praktikal dari segi teknikalnya (munkin hanya sesuai untuk website). Aku akan tunjuk bagaimana membuat efek reflection yang amat gempak ini. (seperti gambar rajah 1)

Aplikasi ini hanya untuk Adobe Illustrator CS3 sahaja. Aku tidak pasti dengan versi yang sebelumnya.

gambar rajah 1
gambar rajah 2

Kamu sudah punya simbol. Pergi ke tool bar dan pilih reflect (O). Pastikan kamu tandakan horizontal dan copy. Sila semak gambar rajah 2.

gambar rajah 3

Pastikan ia seperti gambar rajah 3.

gambar rajah 4

Buatkan kotak (M) dan isikan dengan gradient hitam putih yang kamu ambil dari swatch. Pastikan putih di atas dan hitam di bawah (putih mewakili bahagian yang lebih terang berbanding hitam).

gambar rajah 5

Pergi ke tetingkap transparency dan pilih make opacity mask.

gambar rajah 6

Kamu masih boleh mengubah kadar gradientnya. Hanya perlu pilih dikotak seperti dalam gambar rajah 6.

gambar rajah 7

Pergi dibahagian opacity dan tukar kadarnya mengikut kesesuaian kamu.

Tadaaaa!!!

No comments: