4.02.2009

TERLALU BANYAK DALAM KEPALA!

Banyak sangat peristiwa yang berlaku sepanjang bulan lepas sampai aku tidak punya masa melakukan aktiviti kesukaan aku. Amat memenatkan. Walaupun ada yang mengembirakan. Dari modem yang disambar kilat, berhari minggu di hospital, menjadi jurufoto orang kahwin, Duit syarikat yang jatuh dari langit, kerja sampingan yang masuk walaupun ekonomi gawat, perniagaan produk luar bandar, mencari moleskine hingga buah apple yang masak ranum dan dijual pada harga murah. Semua aku lalui dalam tempoh sebulan. Dan dalam tempoh itu juga aku tidak dapat menaik taraf blog ini. Sekali lagi harapan, moga bulan ini akan terus ceria dengan apple ranum aku. Teruskan memerhati blog ini. Mungkin kerja menaik taraf blog graphikarma bakal berlaku. Tunggu saja la!!!

1 comment:

baizurah abdullah said...

helooooo kam-kam...:D