10.14.2008

Sayasuka...kamu suka?

Aku bukan budak seluar londeh yang menconteng dinding. Aku hanya peminat seni sahaja.


Ramai orang tanya kenapa ‘sayasuka’? Kenapa bukan ‘kamusuka ‘atau ‘diasuka’. Kenapa tidak ‘sesukahati’. Ok apa. Ada unsur-unsur kemelayuan. Aku memang banyak nama samaran. Hampir setiap tempat asal aku bermukim kat sana pasti aku ada nama samaran. Hebatkan. Yang pastinya semua tidak menarik untuk dikomersialkan. Dari nama alim ulama sampai ke ahli politik. Semua gelaran tu aku dah pegang. Sekarang, dengar betul-betul, aku nak cerita tentang ‘sayasuka’.


Mitos 1

Pernah suatu masa aku sangat obses dengan anime(animasi jepun). Hampir setiap anime aku boleh ingat. Tapi dalam banyak-banyak anime, Cuma satu paling menarik minat aku. Blood the last vampire. Kisah gadis genit beruniform sekolah yang berketurunan Pontianak yang membunuh Pontianak. Nama dia Saya. Disebabkan terlalu suka akan Saya, aku nekad meletakkan nama Saya sebagai nama samaran aku. (pernah juga aku terfikir untuk meletakkan nama ini pada anak aku, tapi takde dalam kamus arab). Untuk menunjukkan obses aku pada Saya, aku tambah suka dibelakang. Maka ianya disebut SAYASUKA.


Mitos 2

Kamu pernah dengar tentang kerajaan Langkasuka. Aku ingatkan suka tu bermaksud kerajaan. Langka itu sebagai nama kerajaan.(mungkin sepatutnya bermaksud Kerajaan Langka). Lalu tanpa ragu-ragu aku menubuhkan kerajaan sendiri yang bernama SAYASUKA. Rupanya salah sama sekali. Haram tul...


Mitos 3

Suatu hari aku bersantai di rumah kakak ipar aku sambil melayan kerenah anak saudara yang sedang membesar. Tiba-tiba aku terpandang buku kanak-kanak bawah 5 tahun. Tajuk dia ‘saya suka ABC’. Menarik untuk dikomersialkan (mungkin aku boleh padankan dengan Sayasuka lukisan@sayasuka bersiar-siar@sayasuka memasak-waktu ini tiada hala tuju lagi). Dengan bangganya aku menggunakan nama SAYASUKA.

Betul. Aku tak tipu.

2 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

TAHNIAH!

Anda telah membuka mitos diri anda!.

Tentang nama ni saya juga banyak nama.
Misalnya untuk keluarga memanggil saya "KAMA', datuk saya memanggil saya, Muzafar'. Sepupu-sepupu saya memanggil 'Sheikh Kamal'. Bila di alam sekolah menengah memanggil 'FER' kerana semasa di hostel aku selalu pakai smart dan ramai girlfrend (mereka selalu memolong mendobi pakaianku). Mula alam join sini memanggil 'Tengku' (ini orang lama taulah sejarahnya...). Sekarang saya fikir cukup panggil 'Mus' saja.... simple!

Rocco Iskandar said...

Congratulations.

Driven by your honest myths on yourself, I will write about the history of my name as well. Just wait for the next entry at Wajah2.