2.25.2009

TRY YOUR LUCK! - 5


REKATEE

Kesedaran syarikat-syarikat besar tentang betapa penting senireka grafik khususnya harus diberi pujian. Semoga banyak lagi benda yang sedemikian yang dilakukan oleh syarikat-syarikat ini. Apa tunggu lagi. Hanya untuk rakyat Malaysia sahaja.

"Pertandingan merekacipta
T-Shirt yang paling sesuai
ulangtahun tv3 yang ke 25tahun"


www.tv3.com.my

TRY YOUR LUCK! - 4

Jikalau kamu bosan, kamu boleh mencuba nasib di sini. Walaupun dalam kegawatan ekonomi yang sibuk diperkatakan, masih ada pertandingan. Walaupun hadiahnya tidak begitu lumayan tetapi cukup untuk membeli telefon bimbit model terkini.

PERTANDINGAN MENCIPTA
LOGO MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH.


Only for Malaysian citizens.

FLICKR


Sila add aku sebagai contact kamu dalam FLICKR. Tiada yang salah pun.

2.17.2009

GIFTED (edisi 15)

Aku semakin banyak masa untuk membaca blog orang lain sambil mencari maklumat-maklumat penting untuk tujuan menambahkan ilmu. Lalu aku terjumpa dengan ini.



Aku suka dengan gayanya. Aku pasti kamu pun suka.
Kamu ada teknik untuk menghindarkan sakit malas tak? Tolong ajar aku...

2.13.2009

TRY YOUR LUCK! - 3


Untuk semua penggila t-shirt. Teextile untuk kamu semua. Masih dalam beta.

www.teextile.com

2.10.2009

KL DESIGN WEEK 2009


Mari beramai-ramai memeriahkan majlis ini.
Maklumat lanjut sila klik di sini

2.05.2009

Simple Tips! 5

Situasi di studio grafik yang tidak kurang sibuknya walaupun keadaan ekonomi dikatakan agak membimbangkan.

Lelaki A : Kamu buat keje lembab la...

Lelaki B : Apahal?

Lelaki A : Kamu buat keje lembab...Pakai la shortcut..

Lelaki B : Jangan sibuk boleh!! Aku bz ok! (sambil mengangkat tangan tanda meminta rakannya pergi dari mukanya)

Lelaki A : Pakai la shortcut..laju skit..

Lelaki B : Shortcut...???? (kedengaran bunyi nyamuk berterbangan menunjukkan hari sudah lewat malam)

Apa itu shortcut? Aku pasti kamu tahu. Aplikasi ini hanya untuk Adobe illustrator sahaja. Shortcut yang diberi untuk apple. Untuk pengguna PC sila tukarkan command kepada ctrl.

command + 7 - untuk masking

command + shift + <> - untuk membesar dan mengecilkan font

yang lain kamu mungkin sudah tahu. Sebarang pertanyaan sila email. Jangan malu-malu. Atau mungkin boleh tanya dalam chat box ditepi. Selamat mencuba!

2.04.2009

THREADLESS-design of the year!


(this is not my design)

Inilah rekaan design of the year-threadless yang menggondol USD20,000!
Hebat bukan. Memang sepatutnya menang.

Jikalau beminat untuk membelinya sila klik di sini.

2.03.2009

GIFTED (edisi 14)

lagi-lagi aku baca blog!

psychedelicm3

primajohnna

bududanbelacan

laskarbangsa


otakkapasitirendah

Mereka ini boleh aku kategorikan sebagai penaip blog yang unik. Jikalau kamu tidak percaya kamu boleh baca sendiri. Akal mereka diluar kawalan tetapi masih dalam lingkungan otak manusia. Aku rasa aku semakin mengarut. Teruskan penaip kamu semua. Aku suka cara penaipan kamu!

TOOL BARU!

Gambarajah ini diambil dari website wacom - intous3

Pepatah mengatakan pereka perlu mengikut aliran teknologi dan rekaan. (Pepatah ini aku yang reka sendiri.) Lalu, aku mensasarkan untuk membeli produk kecantikan di atas tetapi badget tidak membenarkan. Memandangkan aku pun pengguna baru, aku mengambil keputusan untuk beli versi yang lama namun nama depan hampir sama. Intuos2. Tidak banyak perbezaan dari segi pressure cuma tiada butang-butang ditepi. Nantikan rekaan cuba dan salah aku nanti!